OPERASI BERSEPADU KEMPEN HORMATI RAMADAN DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

PULAU PINANG, 14 APRIL 2022 – Satu Operasi Bersepadu Kempen Hormati Ramadan anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah diadakan pada 13 April 2022. Antara agensi lain yang turut terlibat dalam operasi ini ialah Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut dan Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya.

Antara ketidakpatuhan yang telah dikesan dan dikompaun adalah:-
1) Meletakkan peralatan perniagaan / tempat penyediaan makanan / memasak di lorong belakang premis yang menimbulkan halangan awam.
2) Menyalurkan air limbah / basuhan kotor ke dalam parit awam tanpa tapisan (tiada perangkap minyak).

Sehubungan itu, semua pengusaha perniagaan makanan perlu sentiasa memastikan kualiti makanan mahupun kebersihan premis makanan berada dalam tahap terbaik setiap masa demi kesejahteraan warga Pulau Pinang.

Sumber:

Laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …