PENGUATKUASAAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT SEMASA MEMANDU OLEH JPJ PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

SEBERANG JAYA, 14 APRIL 2022 – Unit Operasi bersama Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB), JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan penguatkuasaan penggunaan telefon bimbit semasa memandu dengan memfokuskan lebuh raya PLUS, Jalan Utama Persekutuan dan Negeri serta di Pusat Bandaraya. Operasi ini menguatkuasakan Subkaedah 17 A(1) Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan kesalahan boleh dikompaun RM 300 serta dikenakan mata demerit.

Sepanjang penguatkuasaan berfokus yang dilaksanakan selama 2 hari berturut-turut, sebanyak 41 notis saman telah dikeluarkan kepada pemandu yang melakukan kesalahan tersebut.

Penggunaan telefon bimbit semasa memandu merupakan satu kesalahan dan gangguan boleh memperlahankan masa tindakbalas serta berisiko penyebab kemalangan. Kajian oleh MIROS mendapati bahawa pemandu yang menggunakan telefon bimbit semasa memandu boleh menyebabkan kenderaan tersasar dari lorong, terlepas simpang, melanggar pejalan kaki dan melanggar isyarat lampu merah.

 

Sumber:

Laman Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …