PROGRAM SUMBANGAN BUBUR LAMBUK

 

KOTA BHARU – Bertempat di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, PDRM Kontinjen Kelantan bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Daerah Kota Bharu telah mengadakan program penyampaian sumbangan bubur lambuk yang disempurnakan oleh YDH CP Dato’ Shafien bin Mamat, Ketua Polis Kelantan.
Program sumbangan bubur lambuk ini telah menyaksikan sebanyak 1000 bungkus bubur lambuk berjaya diagihkan kepada pengguna jalanraya.
Turut hadir Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi bin Daud, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, YDH ACP. Mohd Wazir bin Mohd Yusof, Ketua Turus Ketenteraman Awam Kelantan, ASP Zulkofli bin Said, Ketua-ketua Bahagian Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam serta rakan-rakan media yang terlibat.

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …