KESELAMATAN MAKANAN: TELUR TERCEMAR BOLEH MENGUNDANG MAUT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Makanan)

Pencemaran silang boleh berlaku bagi telur ayam. Persoalannya, bagaimana pencemaran ini boleh berlaku? Secara semula jadi, telur ayam mengandungi satu lapisan pelindung protein nipis dikenali sebagai ‘cuticle‘ pada permukaan luar kulit telur. Tujuannya untuk melindungi kulit telur yang mempunyai liang-liang halus daripada dimasuki oleh bakteria. Bagaimanapun, semakin lama usia telur itu, lapisan pelindung pada telur akan semakin menipis dan akhirnya hilang.

Liang halus pada permukaan kulit telur juga akan makin terbuka. Ini membolehkan kemasukan bakteria patogenik ke dalam telur dan seterusnya mencemarkan telur itu. Lapisan ‘cuticle‘ ini juga akan rosak apabila berlaku retakan pada permukaan kulit telur dan apabila telur dibasuh dengan air.

Kemudian, timbul persoalan lain, sama ada telur perlu perlu dibasuh atau tidak. Ya, telur perlu dibasuh sebelum digunakan untuk mengelakkan pencemaran silang oleh bakteria pada najis ayam.

Oleh yang demikian, jika anda menggunakan telur untuk memasak, pastikan:

  • Telur di basuh dan bersih daripada najis dan kotoran
  • Asingkan telur yang di basuh di bekas yang berlainan
  • JANGAN guna telur yang telah rosak dan pecah.Tangan perlu di cuci setelah pecahkan telur dan sebelum mengendalikan makanan.

Manakala bagi cara-cara penyimpanan telur, telur (raw eggs in shell) tahan selama 3 hingga 5 minggu dalam peti sejuk. Peti sejuk yang mempunyai suhu bawah 4 °C akan melindungi kebanyakan makanan kerana ia boleh memperlahankan pertumbuhan bakteria. Suhu peti sejuk adalah penting untuk memastikan makanan tahan lebih lama dan berada dalam keadaan yang selamat sehingga dimakan, mengekalkan tekstur, rasa dan kandungan nutrient.

Telur akan lebih tahan lama disimpan dalam peti sejuk berbanding jika ianya disimpan pada suhu bilik kerana faktor suhu. Kesimpulannya, bukan sahaja telur tapi makanan lain pun akan tahan lebih lama jika ianya di simpan dalam peti sejuk.

 

Sumber:

Laman Facebook Rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut