MAQIS PULAU PINANG RAMPAS 2,516 KOTAK ORGAN KERBAU SEJUK BEKU DARI INDIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Butterworth, 13 April 2022 – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang menyita lebih 2,516 kotak pelbagai organ kerbau sejuk beku yang diimport dari India bernilai lebih RM262,000, 9 April lalu. Sitaan dibuat pada pemeriksaan yang dijalankan jam 10.00 pagi di Pelabuhan Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT).

Pengarahnya, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, kesemua produk ruminan daging kerbau sejuk beku itu disita berikutan penggunaan maklumat pada konsainan berkenaan tidak tepat dan mengelirukan. Hasil pemeriksaan mendapati, kesalahan yang dilakukan untuk kes ini membabitkan loji penyembelihan yang dinyatakan pada permit import MAQIS berbeza dengan dokumen dan konsainan import. Selain itu, pengimport yang mengimport produk ekor dalam bahagian kerbau berkenaan membabitkan loji yang tidak diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Berikutan itu, kesemua produk bahagian kerbau terdiri daripada satu tan ‘hock tendon’, 2.98 tan ekor, enam tan hati dan 17 tan jantung ditahan untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut