PDRM GERAKKAN UNIT MPV DAN URB CEGAH JENAYAH MUSIM PERAYAAN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mencegah jenayah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri awal Mei ini.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Aidi Ismail berkata pihaknya menjangkakan orang ramai akan menggunakan peluang cuti Hari Raya Aidifitri dan cuti umum Hari Pekerja pada ketika itu untuk pulang ke kampung.

“JPJKK di setiap kontinjen akan melakukan rondaan menerusi unit MPV dan URB secara lebih menyeluruh semasa ketiadaan penduduk di kawasan kediaman serta di kawasan premis peniagaan yang tidak beroperasi, bagi memastikan aspek keselamatan dan harta benda komuniti sentiasa terpelihara,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Justeru, Aidi menyeru orang ramai yang bercadang untuk pulang ke kampung supaya memaklumkan butir-butir peribadi seperti alamat, tempoh bercuti dan nombor yang boleh dihubungi kepada balai polis berhampiran, untuk membantu pihak polis membuat perancangan rondaan pencegahan jenayah.

Katanya, pihaknya juga akan menempatkan lebih banyak anggota di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai sepanjang musim perayaan ini.

“Apa yang lebih penting dalam kita sedang menghadapi musuh COVID-19 ini, masyarakat perlulah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan mengamalkan jarak fizikal yang selamat selain memakai pelitup muka,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …