LABUAN BEBAS DARIPADA WABAK DEMAM BABI AFRIKA (ASF)

WP LABUAN – Wilayah Persekutuan Labuan bebas daripada wabak Demam Babi Afrika (ASF) setakat ini. Ini dinyatakan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Labuan, Dr. Marysia James Abie kepada pemberita RTM Labuan.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akan memantau perkara tersebut agar tidak merebak ke wilayah ini.
Jelasnya, JPV Labuan akan menjalankan pemeriksaan ke atas haiwan dan produk berasaskan khinzir yang dibawa masuk dari luar Labuan.
Ini untuk memastikan Labuan terhindar daripada kes wabak penyakit tersebut. Sebelum ini, jangkitan wabak tersebut berlaku di Negeri Melaka, Perak dan Negeri Sembilan.
SUMBER: RTM LABUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …