HARI SONGKRAN 2022

Songkran merupakan perayaan tahun baru tradisional Siam. Songkran disambut berdasarkan kepada Kalendar lunar Siam iaitu pada bulan kelima semasa bulan purnama dan jatuh pada hari kelima belas. Sekiranya mengikut kalendar masihi, pesta Songkran ini disambut pada pertengahan bulan April.

Pesta Songkran ini juga lebih dikenali sebagai pesta mandi air iaitu mereka akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai.

Seramai lebih kurang 30,000 masyarakat berketurunan Siam di negeri Kedah meraikan perayaan ini. Dalam konteks, negara Malaysia yang berbilang kaum, kebudayaan dan adat resam, pesta Songkran menjadi simbol perpaduan, kemakmuran dan keamanan dengan penyertaan pemimpin-pemimpin dan masyarakat yang berbilang kaum. Semangat dan nilai-nilai murni yang sejagat dalam Perayaan Songkran seperti berbudi bahasa, menghormati budi dan penghargaan terhadap orang tua, bersopan santun dan bersyukur adalah nilai teras pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa.

Semoga sifat persefahaman, toleransi dan kerjasama antara masyarakat Siam dengan masyarakat kaum lain dapat terus dikekalkan supaya kita bersama-sama dapat menikmati kemakmuran dan kebebasan seperti sedia ada.

Foto: Reuters

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …