KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI SEMBILAN KE BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 2022

   

NILAI, 12 April – Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan (MKN Negeri Sembilan) mengambil inisiatif untuk membentuk satu pasukan dalam kalangan mahasiswa yang mempunyai nilai-nilai teras negara yang kukuh di samping dapat mempengaruhi rakan sebaya mereka kearah satu sikap yang positif terhadap negara, nilai-nilai negara dan sejarahnya selaras dengan 9 Nilai Teras Keselamatan Negara, DKN 2021-2025.

Tujuan kunjung hormat ini adalah untuk memperkasakan kolaborasi dan jaringan kerjasama yang boleh dijalankan antara MKN Negeri Sembilan dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam menerapkan pembentukan minda keselamatan dalam kalangan mahasiswa.

Memandangkan konteks keselamatan negara Malaysia merupakan aspirasi yang bersifat menyeluruh merentas setiap aspek kehidupan tanpa mengira latar belakang, USIM sebagai satu institusi pendidikan awam terbesar di Negeri Sembilan yang mempunyai 85 program-program akademik didalam 9 fakulti dipilih untuk dijadikan sebagai rakan strategik MKN bagi kempen DKN 2021-2025 yang melibatkan mahasiswa di Negeri Sembilan.

Bagi mendekati mahasiswa yang merupakan pemimpin pada masa hadapan, MKN selaku agensi utama dalam menyelaras pengurusan hal ehwal keselamatan negara bercadang untuk menjalinkan program-program berbentuk townhall, taklimat keselamatan dan kursus kepimpinan diiringi dengan kerjasama dan sokongan pengurusan tertinggi USIM.

Dengan kolaborasi ini, diharapkan mahasiswa dapat memahami, menjiwai dan memainkan peranan masing-masing dalam memastikan negara kekal berdaulat, aman dan sejahtera sejajar dengan aspirasi nasional mengenai Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama kerana belia merupakan teras kekuatan kepada keselamatan negara.

Hadir dalam kunjungan hormat ini daripada pihak MKN ialah YBrs. Tuan Zamri bin Misman, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik) dan Tuan Roslin Hisham bin Abd Hamid, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Sembilan.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …