IPD SEBERANG PERAI TENGAH KELUARKAN KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG VIDEO LELAKI MAIN MERCUN KALBAIT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah  (SPT) telah mengeluarkan kenyataan media di laman rasmi Facebooknya berhubung “Video Tular Sekumpulan Lelaki Bermain Meriam Kalbait Di Dalam Daerah Seberang Perai Tengah.”

Video kejadian itu telah dimuat naik oleh pemilik halaman Twitter “Malaysia Most Virall”, memaparkan sekumpulan lelaki bermain meriam karbaid di tepi jalan raya sehingga mendatangkan gangguan bising terhadap penduduk sekitar.

Pihak IPD SPT masih menjalankan siasatan mengenai kejadian tular tersebut dan menasihati orang ramai agar tidak bermain mercun atau meriam kalbait kerana ianya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Sumber : Laman FB IPD SPT

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …