PULAU PINANG : PEMBANTU TUKANG MASAK MENGAKU TIDAK BERSALAH TERHADAP CUBAAN BUNUH POLIS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Seorang pembantu tukang masak di Hospital Pulau Pinang, Muhammad Luqman Hakim Mohd Shukri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, George Town atas pertuduhan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota polis di satu sekatan jalan raya di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada 3 April lepas.

Tertuduh yang berusia 27 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika disabitkan kesalahan. Selain itu, Mahkamah turut mengarahkan tertuduh melantik peguam dan menetapkan 20 Mei 2022 ini sebagai tarikh sebutan semula.

Sumber : Harian Metro dan KOSMO

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …