INISIATIF RM3 GALAK KAKAN-KANAK SOLAT SUBUH BERJEMAAH

 

TANAH MERAH – Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai di sini, mengambil inisiatif sendiri dengan menyediakan sumbangan RM3 bagi setiap kanak-kanak yang datang menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid.

Imam 1, Amin Zainal Abidin berkata, sumbangan kewangan dari tabung masjid tersebut diberikan sebagai galakan kepada kanak-kanak untuk mengimarahkan masjid di sepanjang bulan Ramadan.

“Dengan cara ini ibu bapa kanak-kanak juga akan hadir sama berjemaah di masjid. Alhamdulillah bilangan jemaah makin bertambah dengan kehadiran muka-muka baharu ke masjid.

“Hasil pemerhatian kami, ada ibu bapa dari golongan asnaf hadir berjemaah dengan membawa anak-anak mereka bersama dan dengan cara ini secara tidak langsung duit yang diterima dapat digunakan untuk kelangsungan hidup,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, setiap hari seramai 30 hingga 40 kanak-kanak terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah hadir berjemaah Subuh.

Katanya, suasana Subuh di masjid dalam bulan Ramadan kali ini sangat meriah dengan kehadiran mereka, malah kesuluruhan jemaah mencecah lebih 100 orang.

Beliau berkata, sudah dua tahun masjid sunyi daripada jemaah dek kerana serangan pandemik Covid-19.

“Ramadan kali ini sangat bermakna lebih-lebih lagi jemaah dapat merapatkan saf dan semua peringkat umur boleh hadir ke masjid,” katanya.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …