MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK ISTIMEWA DAN ANAK-ANAK YATIM

 

BACHOK – Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Shafien bin Mamat bersama isteri Datin Zairihan binti Che Haron, Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan telah meluangkan masa untuk hadir majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak istimewa dan anak-anak yatim di Sudara Beach Resort.
Ketua Polis Kelantan bersama-sama Pengurus Besar Sudara Beach Resort telah menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada anak-anak istimewa dan anak-anak yatim dari Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa Darul Mizan, Tawang Bachok, Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa Darul Huffaz (Raydah) Kubang Golok, Bachok serta Rumah Kebajikan Anak Yatim Salimah, Bachok, Kelantan.
Seramai tiga puluh (30) orang insan-insan istimewa telah diraikan dan sumbangan hasil daripada program tangungjawab sosial korporat (CSR) Sudara Beach Resort yang sudi untuk bersama-sama terlibat dalam memberi sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut