BAZAR RAMADHAN SUNGAI DUA DAN PENAGA ANTARA LOKASI AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDNHEP SEBERANG PERAI UTARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan aktiviti penguatkuasaan Ops Bersepadu Bersama Agensi Penguatkuasaan, Pemeriksaan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa Peralihan Endemik, Ops Pantau 2022 pada 10 April 2022 yang dijalankan di premis Bazar Ramadhan Sungai Dua, Butterworth telah dilaksanakan oleh tiga (3) Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Seberang Perai Utara melibatkan 21 buah premis.

Selain itu, aktiviti Pemeriksaan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa Peralihan Endemik, Ops Pantau 2022, Pemeriksaan Bekalan Ayam dan Telur Ayam, Bekalan Tepung Gandum, Bekalan Minyak Masak serta Pemeriksaan RTK Test Kit Covid-19 juga turut dijalankan di premis sekitar Penaga telah dilaksanakan oleh tujuh (7) Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Seberang Perai Utara melibatkan 30 buah premis. Satu (1) tindakan kes telah diambil di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti-Pencatutan 2011.

Laporkan salah laku dan aduan di talian :
e-aduan.kpdnhep.gov.my
Tel : 04-5751703 (KPDNHEP Cawangan Seberang Perai Utara)
Whatsapp : 019-2794317 (Aduan Pengguna)

Sumber : Laman FB KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …