MESYUARAT PANGLIMA 12 BGD SIRI 1/2022

KUALA LUMPUR: Seramai 37 pegawai di bawah naungan Briged Ke-12 Infantri Malaysia (12 Bgd) terlibat dalam Mesyuarat Panglima 12 Bgd Siri 1/2022 yang dipengerusikan oleh Panglima 12 Bgd, Brig Jen Sani S Omar di Putrajaya pada 6 Mac 2022.

Antara pengisian mesyuarat merangkumi taklimat serta perbincangan berkaitan perkara-perkara Gerak, Latihan, Perisikan, Logistik, Pentadbiran, Belanjawan dan Istiadat. Menerusi mesyuarat ini, semua pemerintah di bawah naungan 12 Bgd berpeluang mengemukakan pandangan serta membentangkan pelbagai isu dan masalah untuk tindakan lanjut.

Setiap perkara yang dibentangkan diambil perhatian serta tindakan sewajarnya oleh Panglima 12 Bgd, manakala perkara berbangkit akan diselesaikan secara berperingkat mengikut keutamaan. Selain itu, Panglima 12 Bgd berkehendakkan komitmen dan kerjasama sebegini dikekalkan bagi mengharungi tugasan-tugasan yang akan datang.

Dalam kesempatan tersebut, Panglima 12 Bgd turut menyempurnakan acara penyerahan cek Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (KSSKA) dan penyerahan Perintah Ulung Panglima 12 Bgd kepada semua pemerintah di bawah pentadbiran 12 Bgd. Pelaksanaan mesyuarat ini mendukung Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi. Turut hadir, Pegawai Staf 1 Risik MK 4 Div.

 

– Markas Briged Ke-12 Infantri Malaysia

 

SUMBER: FB BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA https://www.facebook.com/BTDMOnline/

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …