PENUTUP KURSUS PENJAGA STOR SENJATA DAN PELURU (DEC) PERINGKAT 12 BGD

KUALA LUMPUR: Seramai 53 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di bawah naungan Briged Ke-12 Infantri Malaysia (12 Bgd) terlibat dalam upacara Penutup Kursus Penjaga Stor Senjata dan Peluru (Decentralised) Peringkat 12 Bgd Siri 9/2022 yang disempurnakan oleh Panglima 12 Bgd, Brig Jen Sani S Omar pada 8 Apr 2022.

Kursus yang berlangsung mulai 4 hingga 8 Apr 2022 di Dewan Dato’ Othman Harun bertujuan meningkatkan kefahaman anggota mengenai aspek keselamatan dan pengurusan stor senjata serta pengendalian tugas menjaga stor senjata secara sistematik, profesional, berkesan dan teratur.

Acara dimulakan sesi bergambar dan ucapan daripada Panglima 12 Bgd sebelum diakhiri dengan simbolik penyerahan sijil kursus oleh Panglima 12 Bgd kepada Ketua Penuntut, Sjn Abdul Hadi Muusthopa. Program ini seiring dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

– Markas Briged Ke-12 Infantri Malaysia

 

SUMBER: FB BERITA TENTERA DARAT https://www.facebook.com/BTDMOnline/

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …