MAJLIS PERASMIAN JENTERA BOMBA BERTANGKI 900 LITER PERSATUAN BOMBA SUKARELA BERAPIT

MAJLIS PERASMIAN JENTERA BOMBA BERTANGKI 900 LITER PERSATUAN BOMBA SUKARELA BERAPIT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Dalam Negeri)

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang telah menerima dan menghadiri Majlis Perasmian Jentera Bomba Bertangki 900 Liter Persatuan Bomba Sukarela Berapit. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam majlis yang sama, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang turut mengumumkan pemilikan lesen pendudukan sementara bagi balai PBS Berapit. JBPM Pulau Pinang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang begitu prihatin dan komited dalam membantu PBS.

Semoga dengan pemilikan lesen pendudukan sementara dan keberadaan jentera bomba yang baru dapat menaikkan semangat PBS Berapit untuk terus memberi khidmat bakti kepada masyarakat setempat dalam hal ehwal pengoperasi kecemasan.

Turut hadir bersama ialah YB Phee Boon Poh, Exco Alam Sekitar dan Kebajikan Negeri Pulau Pinang, YB Heng Lee Lee, ADUN Berapit dan Pegawai Kanan Jabatan.

 

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Kejuruteraan …
Maklumat Lanjut

JOHOR PERTINGKAT CAPAIAN INTERNET PANTAS PERCUMA

Kerajaan Johor melancarkan perkhidmatan WiFi Premium Maju Johor bagi menaik taraf capaian internet di negeri ini, sekali gus membolehkan Bangsa …
Maklumat Lanjut