OP MABUK OLEH BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Timur Laut, Pulau Pinang telah mengadakan Operasi Mabuk pada 8 dan 9 April 2022 bermula jam 11.00 mlm hingga 4.00 pagi di sekitar kawasan daerah Timur Laut.

Hasil operasi tersebut, pihak polis telah menahan enam (6) orang melibatkan 5 lelaki dan seorang wanita berumur 20 tahun hingga 40 tahun. Semuanya ditahan di bawah Seksyen 45(A) APJ 1987 di mana hukuman yang boleh dikenakan ialah denda sebanyak RM10,000-RM30,000 dan penjara tidak melebihi 2 tahun serta lesen akan digantung selama 2 tahun.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalanraya agar dapat menjamin keselamatan diri dan nyawa orang lain.

 

Sumber:

Laman Facebook IPD timur Laut, Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …