11 APRIL : HARI PARKINSON SEDUNIA

11 April merupakan Hari Parkinson Sedunia.

Penyakit Parkinson adalah gangguan sistem saraf progresif yang menjejaskan pergerakan. Ia kerapkali berlaku dalam kalangan orang tua. Namun, penyakit ini boleh juga berlaku di usia muda.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan prevalens penyakit ini bertambah mengikut umur di mana 41 per 100,000 penduduk berumur 40’an kepada lebih daripada 1,900 per 100,000 dalam kalangan mereka yang berumur 80 tahun ke atas.

Walaupun penyakit Parkinson tidak dapat diubati, ubat-ubatan mungkin memperbaiki gejala yang dihadapi dengan ketara. Oleh itu, dapatkan diagnosa dan rawatan awal di fasiliti kesihatan yang berdekatan.

Hidup dengan penyakit Parkinson boleh mencetuskan pelbagai masalah emosi, seperti kejutan diagnosis, kemurungan, kemarahan dan kekecewaan dengan cabaran fizikal.

Dapatkan sokongan bagi menangani masalah emosi anda dengan:

  • Kekalkan komunikasi terbuka dan jujur dengan keluarga, rakan-rakan, dan penjaga anda
  • Sertai kumpulan sokongan untuk berkongsi pengalaman dan perasaan
  • Dapatkan bantuan pekerja sosial dan kaunselor yang boleh memberikan sokongan sosial.

 

SUMBER:

FB JABATAN KESIHATAN WP KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA  https://www.facebook.com/JKWPKLP 

FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …