PASIR MAS – Polis menahan seorang lelaki dan merampas daun ketum seberat 460 kilogram (kg) di tepi Jalan Kampung Gaung di sini awal pagi Ahad. Rampasan daun ketum itu dianggarkan bernilai RM4,000.
Selepas ditahan, kereta itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan dan hasil pemeriksaan menemui bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum yang berat keseluruhan berjumlah 460kg.
Hasil siasatan awal suspek mengaku kesemua daun-daun ketum itu miliknya.
Semakan rekod turut mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkait dadah.
Suspek turut mengaku daun tersebut diperoleh daripada seorang lelaki di Sik, Kedah.