OPS SAMAR PEMATUHAN SOP PPN FASA ENDEMIK

 

KUALA KRAI : Sepasukan 5 Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Pemantauan, Pemeriksaan dan Pematuhan di lokasi-lokasi tumpuan awam.
Ops Samar Pematuhan SOP PPN Fasa Endemik terhadap Sektor Perdagangan, Pengedaran dan Peruncitan mendapati premis mematuhi perundangan yang ditetapkan.
Pemantauan dan pemeriksaan telah dijalankan ke atas rantaian pembekalan telur ayam dan bekalan semasa telur ayam direkodkan semasa pemeriksaan untuk tindakan selanjutnya.
Pemeriksaan dan pemantauan keatas farmasi-farmasi komuniti, fasiliti kesihatan dan premis yang dibenarkan yang menjual Kit ujian kendiri Covid-19 yang diluluskan MDA telah dijalankan, maklumat harga dan bekalan semasa yang ada di pasaran direkodkan.
Maklumat harga jualan minyak masak sawit tulen yang dibungkus dalam botol direkodkan, untuk pelaporan dan tindakan selanjutnya.
Jumlah Pemeriksaan Premis yang telah dijalankan sebanyak 32 premis dilawati dan kenyataan pemeriksaan premis dikeluarkan.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-
?e-aduan.kpdnhep.gov.my
? Tel : 09-7416000
? Whatsapp : 019-2794317 @ 019-848000 (Aduan Pengguna)
? Talian Hotline : 1-800-886-800

Artikel/Berita Terkini

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan …
Maklumat Lanjut

ENAM LELAKI DITAHAN, DADAH BERNILAI LEBIH RM120,000 DIRAMPAS DI TAWAU

TAWAU (2 Mei): Polis menahan enam lelaki dengan merampas kira-kira dua kilogram dadah jenis syabu dalam kejadian di Kampung Indera …
Maklumat Lanjut