KESELAMATAN MAKANAN: MAQIS PULAU PINANG PASTIKAN KELANGSUNGAN SUMBER MAKANAN YANG SELAMAT DIMAKAN DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Makanan)

Menerusi kunjungan hormat Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd. Talib ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow pada 8 April yang lepas, MAQIS telah berkongsi mengenai cadangan mewujudkan pusat sehenti kuarantin bagi benih-benih ikan dari luar negara di negeri ini bagi mengekang penyakit berjangkit melalui hasil laut.

Selain itu, MAQIS Pulau Pinang turut berkongsi cadangan membangunkan fasiliti pendaratan ikan tuna di negeri ini yang dilihat mempunyai potensi besar. Dalam pertemuan yang sama, YAB Ketua Menteri turut menyambut baik usaha MAQIS Pulau Pinang sehingga kini memandangkan pertanian merupakan salah satu sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

MAQIS merupakan sebuah Jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang terlibat dengan aktiviti penguatkuasaan undang-undang berdasarkan Akta 728 (Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011). Pihak berkaitan sentiasa menjalankan pemeriksaan terhadap keluaran pertanian yang masuk dalam negara bagi memastikan keluaran pertanian diimport mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan demi menjamin keselamatan makanan.

 

Sumber:

Buletin Mutiara

Laman Facebook MAQIS Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …