653 KILOGRAM MINYAK MASAK DISYAKI CUBA DISELUDUP BERJAYA DIPATAHKAN KPDNHEP KELANTAN

 

TUMPAT : Operasi Bersepadu Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan dan Unit Ronda MPV, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat telah dijalankan bagi membanteras penyeludup barangan kawalan disini hari ini.
Maklumat risikan mengesan pergerakan mencurigakan sebuah kenderaan dari Daerah Tumpat menuju ke Kg. Bendang Pak Yong, Tumpat, Kelantan disyaki membawa muatan barang kawalan untuk tujuan penyeludupan ke negara jiran.
Pasukan telah berjaya menahan sebuah kenderaan dalam keadaan yang mencurigakan dibahu jalan hadapan Kg. Bendang Pak Yong, Tumpat, Kelantan, namun pemandu kenderaan tersebut berjaya melarikan diri ke dalam semak berhampiran pada jam 10.30 pagi.
Hasil pemeriksaan lanjut keatas motokar tersebut, pasukan telah menjumpai minyak masak bersubsidi anggaran 653 kilogram dijumpai didalam kenderaan tersebut disyaki untuk tujuan penyeludupan ke negara jiran.
Nilai rampasan barangan kawalan minyak masak paket 1kg bersubsidi yang disita anggaran RM 1632.50 dan kenderaan anggaran sebanyak RM 4,000.00 keseluruhannya RM 5,632.50 kesemua barang kawalan tersebut disita.
KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau peniaga yang melakukan kesalahan ini.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …