IPD PENDANG BANTERAS KEGIATAN DADAH

Sejak penghujung Mac yang lalu, daerah Pendang merekodkan beberapa tangkapan pengedar dan penagih dadah. Sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Pendang telah berjaya membuat penahanan tokan-tokan dadah yang bergiat secara aktif menjual dadah di daerah tersebut.

Bermula dengan penahanan seorang lelaki melayu berusia lingkungan 60-an yang merupakan tokan dadah di Kg. Kubang Pisang pada 26 Mac yang lalu, Polis IPD Pendang terus giat membanteras aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di daerah tersebut secara besar-besaran. Hasilnya, beberapa individu yang merupakan pengedar dan juga penagih ditahan dalam beberapa serbuan yang dijalankan.

Bagi negeri Kedah, ianya merupakan satu indikasi baharu yang menunjukkan daerah-daerah lain kini semakin terjejas dengan kegiatan pengedaran dan penagihan dadah. Sebelum ini, tiga lokasi yang dikenal pasti sebagai hotspot adalah di daerah Langkawi, Kuala Kedah dan juga Padang Terap.

Lebih mengecewakan, tokan-tokan dadah yang menjangkau usia warga emas tergamak mengaut keuntungan mudah dengan merosakkan generasi-generasi muda yang juga bakal pemimpin negara pada suatu hari nanti. Ketagihan dadah bukanlah satu perkara yang mudah untuk diatasi dan kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang banyak bagi membantu penagih-penagih ini untuk pulih.

Namun begitu, apa yang menarik adalah, penahanan pengedar dan penagih dadah ini adalah hasil daripada maklumat risikan yang diterima daripada penduduk kampung sendiri. Hal ini menunjukkan masyarakat juga menolak aktiviti berkenaan dadah ini yang semakin berleluasa di kawasan atau kampung mereka.

Masalah dadah ini hanya boleh dibendung apabila semua pihak termasuk masyarakat sendiri memainkan peranan. Community Based Security Management (CBSM) atau Skim Rondaan Sukarela (SRS) perlu diperkasakan bagi menangani masalah-masalah sosial dalam komuniti. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan penagihan dan pengedaran dadah boleh disalurkan dari masa ke semasa kepada mana-mana balai polis berhampiran.

Bersama kita banteras najis dadah.

Foto: Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang, IPD Pendang

 

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut