PENYELUDUP LOLOS DIRI DALAM SEMAK, TINGGAL BERAS DALAM KENDERAAN

 

PASIR MAS – Seorang lelaki dipercayai penyeludup beras bertindak memecut kenderaan pacuan empat roda dipandunya sebelum meloloskan diri dalam semak bagi mengelak daripada ditahan polis di Jalan Perdah di sini pada Jumaat.

Pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut membawa muatan 50 kampit beras bernilai anggaran RM4,000 yang dipercayai diseludup dari negara jiran, Thailand.

Kenderaan dianggarkan bernilai RM20,000 tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kesemua muatan beras bertulisan Thailand itu dirampas dan diserahkan pada pihak bahagian Kawal Selia Padi dan Beras negeri Kelantan.

 

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …