PASIR MAS, TUMPAT LOKASI UTAMA SELUDUP MERCUN

 

KOTA BHARU – Polis mengenal pasti dua daerah di sempadan Malaysia – Thailand di negeri ini yang menjadi laluan kepada aktiviti penyeludupan mercun dan bunga api ke negara ini sempena musim perayaan Aidilfitri.

Daerah terbabit ialah Pasir Mas dan Tumpat yang kini dipantau pasukan polis bagi mengekang kegiatan itu.

Faktor permintaan yang tinggi terhadap mercun dan bunga api menjelang musim perayaan Aidilfitri pada Mei ini menyebabkan berlaku kegiatan penyeludupan barangan terlarang tersebut dari negara jiran.

Tahun lepas tidak ada rampasan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 manakala tahun ini awal lagi sudah ada rampasan mercun dan bunga api yang diseludup dari negara jiran oleh PGA yang dipercayai untuk pasaran tempatan.

 

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …