17 PREMIS DI TIMUR LAUT DIPANTAU MENERUSI OPS PANTAU OLEH KPDNHEP PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pada 7 April 2022, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Pemeriksaan Pematuhan SOP (Fasa Peralihan Ke Endemik), Ops Pantau 2022 serta Pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum Ayam & Telur Ayam, Pemeriksaan Bekalan Test Kit Covid-19,Pemeriksaan Tanda Harga & Pemeriksaan Alat Timbang serta pemeriksaan dibawah akta-akta yang dikuatkuasakan di bawah kementerian di daerah Timur Laut.

Pemeriksaan dilakukan oleh tiga (3) orang pegawai terhadap 17 premis perniagaan. Pemeriksaan mendapati tiada premis yang melakukan kesalahan dan tiada kes dihasilkan.

Sumber:

Laman Facebook KPDNHEP Pulau Pinang

 

 

Artikel/Berita Terkini

PEKAN KECIL MENGKABONG DIBINA TAHUN INI

TUARAN (29 April): Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Dalit akan terus dibangunkan dengan pelbagai rancangan pembangunan demi keselesaan rakyat …
Maklumat Lanjut

SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut