MELETAK KENDERAAN DI LORONG KECEMASAN, JPJ PULAU PINANG AMBIL TINDAKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

SEBERANG JAYA, 08 APRIL 2022 – Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengambil tindakan terhadap Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) yang meletak kenderaan di lorong kecemasan di km 128 Lebuh Raya PLUS menghala ke selatan. Tindakan segelintir pemandu kenderaan berat meletak kenderaan mereka di lorong kecemasan terutama di kawasan gelap tiada lampu limpah jalan bagi mengelak daripada pemeriksaan JPJ boleh mengundang risiko kemalangan terhadap pengguna lebuh raya yang lain.

Pemandu dan pengusaha KPB dan juga kenderaan yang mengalami kerosakan semasa di lebuh raya adalah dinasihatkan supaya menghentikan atau meletak kenderaan anda di tempat selamat terutama di kawasan rehat dan rawat atau hentian sebelah bagi mengelak berlaku kemalangan dan segera berhubung dengan pihak konsensi PLUS sekiranya berlaku kecemasan.

JPJ Negeri Pulau Pinang komited dalam melaksanakan tugas dan akan terus meningkatkan rondaan dan ‘Perception Of Being Caught’ (POBC) terutama dimusim perayaan dan cuti umum bagi memastikan lebuhraya dan jalan utama negeri lancar serta selamat digunakan. Tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang tidak patuh pada peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa.

Sumber:

laman Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut