ANAK-ANAK DARUL KIFAYAH MAIWP TERIMA JUADAH BERBUKA DARIPADA MARRYBROWN

WP LABUAN – Kegembiraan terpancar di wajah 79 orang penghuni Darul Kifayah MAIWP Labuan apabila menerima juadah berbuka daripada Marrybrown Labuan. Pengarah Urusan Marrybrown Sdn Bhd (Labuan) Puan Hajah Rokiah binti Ibrahim dan krew turut menyertai para penghuni Darul Kifayah berbuka puasa.
Sebelum menikmati juadah berbuka puasa, kesemua anak- anak ini turut menerima sumbangan duit daripada Marrybrown Labuan. Turut hadir, Pengetua Darul Kifayah MAIWP Labuan, Us. Abd Fattah Abd Hafiz, serta para pegawai yang terlibat.
Pengurusan Darul Kifayah mengucapkan terima kasih kepada Marrybrown Sdn Bhd di atas kesudian berkongsi rezeki dengan para penghuni Darul Kifayah MAIWP Labuan.
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …