PEMERIKSAAN PEMATUHAN GPL DAN PEMBAHARUAN KEBENARAN BERSYARAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

PULAU PINANG, 8 April 2022 – Pihak FAMA Negeri Pulau Pinang telah menjalankan pemeriksaan tahap kepatuhan terhadap peraturan GPL dan penyambungan kebenaran bersyarat bertempoh penggunaan pembungkusan melebihi tiga puluh (30) kilogram di premis pengimport bagi komoditi biji kopi pada 7 April 2022.

Tujuan utama Peraturan GPL ialah memastikan keluaran pertanian perlu digred, dibungkus dan dilabel semasa dipasarkan diperingkat dalam negeri, eksport dan import.

Selain itu, tujuan peraturan ini adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pemasaran keluaran pertanian supaya terus berdaya saing serta berupaya mengekalkan pasaran sedia ada atau meluaskan akses pasaran di dalam dan luar negara sejajar dengan perubahan kehendak perdagangan dunia.

Semoga pengimport mengambil cakna kepentingan kepada pematuhan GPL produk segar bagi menjamin keselamatan pengguna.

 

Sumber:

Laman Facebook FAMA Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …