JPJ PULAU PINANG ; ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA TERHADAP PENUNGGANG DAN PEMBONCENG MOTOSIKAL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

BAYAN LEPAS, 8 APRIL 2022 – Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) bersama anggota Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan advokasi keselamatan jalan raya terhadap penunggang dan pembonceng motosikal di Jalan Bayan Lepas, Pulau Pinang PADA 7 April 2022.

Antara perkara yang diberi penekanan semasa advokasi ini ialah nasihat berkenaan keselamatan di jalan raya dan pematuhan undang-undang serta memandu dengan berhemah dan bertimbang rasa semasa di jalan raya. Pengguna jalan raya dinasihati untuk berhenti ketika lampu isyarat merah, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu, menggunakan topi keledar yang mendapat kelulusan Sirim, mempunyai lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) berkuatkuasa dan juga memastikan kenderaan selamat digunakan di jalan raya.

Selain nasihat dan advokasi, pemberian vest keselamatan, pelekat keselamatan dan topi keledar juga diberi kepada penunggang dan pembonceng motosikal pada sesi advokasi tersebut.

Semoga dengan advokasi yang telah dilaksanakan ini serta panduan keselamatan yang diberikan diharap dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya khususnya di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang serta dapat mendidik pemandu dan pengguna jalan raya mengamalkan sikap pemanduan berhemah, patuh pada peraturan dan undang-undang semasa memandu. Keselamatan pengguna ketika di jalan raya menjadi keutamaan jabatan serta tanggungjawab kita bersama. Ingat Insan Tersayang, Pandu Cermat dan Sentiasa Selamat Sampai ke Destinasi.

Sumber:

Laman Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …