PULAU PINANG LULUS PEWARTAAN PERINTAH KAWALAN PENYAKIT DEMAM BABI AFRIKA (ASF)

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan Pewartaan Perintah Kawalan Penyakit Demam Babi Afrika (ASF) bagi membendung risiko penularannya daripada menjangkiti industri ternakan khinzir di negeri itu pada 6 April 2022. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Norlela Ariffin dalam satu kenyataan pada 7 April 2022, pewartaan perintah ini akan memberikan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Pulau Pinang kuasa yang lebih menyeluruh bagi mengawal penularan penyakit ASF dalam ternakan babi dengan segera seperti dinyatakan dalam Seksyen 36 Akta Binatang 1953 (Akta 647). Seksyen ini juga membolehkan DVS Negeri menarik balik sebarang lesen atau permit bagi pengimportan sebarang binatang babi atau karkas babi yang telah dikeluarkan di bawah akta ini.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …