PULAU PINANG : JHEAIPP BERI PERINGATAN KEPADA MEREKA YANG TIDAK HORMATI RAMADAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyeru umat Islam di negeri ini agar sentiasa menghormati bulan Ramadan dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh disabit atau diambil tindakan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 (Seksyen 15 Tidak Menghormati Ramadhan).

Seksyen tersebut menegaskan bahawa mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan:

  1. menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta-merta dalam waktu itu;
  2. secara terbuka atau tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Orang awam yang mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan, boleh menghubungi hotline Bahagian Penguatkuasaan, JHEAIPP di talian 013-441 9300 atau 019-425 6917.

Sumber: Laman FB Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut