PDRM KUALA PILAH PRIHATIN BAGI MEMBANTU MENINGKATKAN BEKALAN STOK DARAH UNTUK PESAKIT YANG MEMERLUKAN

 

Bertempat di Dewan Serbaguna IPD Kuala Pilah telah berlangsung Program Derma Darah Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 Peringkat IPD Kuala Pilah anjuran Ketua Polis Daerah bersama pihak Hospital Tengku Ampuan Najihah Kuala Pilah, pagi tadi.

Turut hadir, SUPT Amran Bin Hj. Mohd Gani, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah bersama YBHG Puan A’Pizah Binti Othman, Pengerusi PERKEP IPD Kuala Pilah serta seramai 40 orang termasuk Ketua- Ketua Bahagian, Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Kuala Pilah hadir bagi menjayakan program derma darah tersebut.

Program bertujuan untuk beramah mesra dan bantuan tabung darah serta meningkatkan kesihatan dengan mengikuti kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan.

Program Derma Darah ini adalah salah satu bagi membantu masyarakat yang memerlukan darah sejajar dengan slogan “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”. Program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran dan memberi manfaat serta dapat mewujudkan budaya masyarakat penyayang dan prihatin dengan menjadikan amalan yang mulia ini berterusan. Kepada penderma, “You are our Hero” bagi orang yang menerima darah kita. YDH SUPT Amran Bin Hj. Mohd Gani turut memberi galakan dan merakamkan penghargaan kepada penderma yang bersama-sama menjayakan program tersebut.

Sumber : FB Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut