DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)
Program Outreach Wellness on Wheel (WoW) bersama rakan strategik (Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang sempena Walkabout Bazar Ramadan 2022 telah dilaksanakan pada 6 April 2022 di Tapak Bazar Ramadan di Pasar Awam Seberang Jaya.
Inisiatif Wellness on Wheel (WoW) iaitu perkhidmatan kesejahteraan kesihatan secara mobile merupakan salah satu inisiatif yang terkandung di dalam Teras 2 Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). ANMS merupakan merupakan faktor pemungkin (enabling factor)ke arah menyokong persekitaran pembudayaan hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Pemantapan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan dilaksanakan melalui penyediaan fasiliti dan perkhidmatan yang komprehensif serta terancang bagi kesejahteraan kesihatan rakyat.
Program WoW yang dilaksanakan di Pasar Awam Seberang Jaya ini diisi dengan agenda Majlis Pelancaran, Pameran Penyediaan Makanan Selamat, Pameran Hidup Bersama COVID-19, edaran risalah & nasihat individu. Majlis dirasmikan oleh Datuk Azhar Arshad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
Sumber:
Laman Facebook Unit Promosi Kesihatan Negeri Pulau Pinang
Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia