30 EKOR BURUNG BAJI DIRAMPAS DI PENGKALAN HARAM

 

TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 30 ekor burung baji bernilai RM1,200 di tepi sungai di pangkalan haram Kuala Jambu di sini pada Sabtu.

Rampasan dilakukan pasukan Batalion 9 PGA menerusi Op Wawasan pada jam 8 pagi.

Pasukan keluar dari kawasan intipan dan menghampiri lelaki tersebut namun dia bertindak meninggalkan sarang burung dan lari menaiki perahu ke arah Thailand. Pemeriksaan awal mendapati terdapat dua sangkar burung mengandungi 15 ekor burung setiap satu sangkar,” katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.

Pasukan PGA menunggu selama setengah jam tetapi tiada siapa-siapa yang datang menuntut burung berkenaan. PGA seterusnya merampas sangkar dan burung serta dibawa balik ke Kompeni Taktikal (Komtak) Kuala Jambu untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 11(1) Akta Maqis 2011.

 

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut