WP LABUAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan hari ini memberi jaminan barangan makanan di bazar Ramadan tidak akan dijual dengan harga tinggi.
Pengarahnya Junaidah Arbain mengesahkan terdapat bekalan makanan yang mencukupi dan mereka tidak melihat sebarang kemungkinan berlakunya kenaikan harga.
βWalaupun terdapat sedikit kenaikan harga makanan, ia tidak akan membebankan pengguna kerana kita faham di Labuan masih sangat bergantung kepada bekalan makanan seperti sayur-sayuran segar, daging segar dan barangan keperluan lain dari tanah besar Sabah.”
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 4 April lepas berkata harga barangan bermasakΒ yang dijual di bazar Ramadan adalah diluar kawalan kerajaan kerana tiada garis panduan untuk mengawal harga makanan bermasak, dan beliau berharap peniaga tidak mengenakan harga terlalu tinggi.
Perbadanan Labuan (LC) telah mengeluarkan lesen (untuk lot bazar) kepada 109 peniaga di Labuan Walk, 84 lesen kepada peniaga di Kompleks Financial Park, 21 lesen di bazar Ramadan Anjung Selera Durian Tunjong dan 18 lesen kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Layang-Layangan.
Sementara itu, Junaidah berkata pasukan penguatkuasaan akan meneruskan pemantauan ke atas harga barangan makanan supaya rakyat tidak terbebas.
Katanya, operasi akan dijalankan setiap hari bagi memastikan peniaga tidak mengenakan harga terlalu tinggi kepada pengguna selain mengingatkan agar peniaga mempamerkan harga barangan.
Beliau turut mengingatkan agar para peniaga mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993

