PROGRAM TALK TO US BALAI POLIS JINJANG KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR – Balai Polis Jinjang dengan kerjasama pihak NINSO baru-baru telah menjayakan Program Talk To Us bertempat di NINSO Selayang , Kuala Lumpur. Wakil dari PDRM diketuai oleh SM Saikul Adura bt Ibrahim bersama Kpl Hariani, Kpl Hidayah dan Kpl Azhar.

Objektif program ini dilaksanakan adalah bagi mendekati masyarakat secara bersemuka untuk mendapatkan maklumbalas segera tentang perkhidmatan PDRM dalam mendidik masyarakat berkenaan pencegahan jenayah, keselamatan dan kesejahteraan komuniti. Disamping itu, pihak PDRM ingin mengingatkan serta memastikan orang awam supaya mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan pandemik Covid 19. Dalam masa yang sama juga, anggota Amanita ingin mendekati golongan wanita dan suri rumah bagi memastikan kawasan kejiranan berada dalam keadaan yang selamat. Golongan wanita dan suri rumah yang akan menjadi rakan Amanita akan menyalurkan maklumat berkaitan kawasan kejiranan mereka.

 

#TALKTOUS

#PDRM

#NINSO

Sumber: FB Balai Polis Jinjang https://www.facebook.com/profile.php?id=100068981927238

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …