PERAK MENGORAK LANGKAH UNTUK MENJADI HUB PENGELUARAN DURIAN UTAMA DI MALAYSIA

LENGGONG, 2 APRIL 2022 – Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri (SADC) Perak melalui anak syarikat Perak Agro Forestry Sdn Bhd (PAFSB) dalam perancangan untuk membangunkan projek tanaman durian melibatkan kawasan seluas 1,553 ekar di seluruh negeri Perak dengan kos peruntukan berjumlah RM44.41 juta.
Pelbagai jenis durian akan ditanam seperti Musang King, Duri Hitam dan D24.
YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad berkata projek ini dijangka mengeluarkan hasil secara berperingkat menjelang tahun 2029.
“SADC Perak juga telah merancang untuk mengadakan usahasama pemasaran dan melihat kewajaran bagi membangunkan kilang pemprosesan durian yang mampu untuk memproses durian sejuk beku, pulpa durian beku dan pes.
“Hasil produk ini dilihat berpontensi dipasarkan untuk pasaran domestik serta dieksport ke China dan beberapa buah negara yang lain,” beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Penanaman Pertama Projek Penanaman Durian Perak SADC di Ladang Ayer Kala, Lenggong.
Beliau yang turut merangkap sebagai Pengerusi SADC Perak berkata lagi, ladang ini bakal dilengkapi dengan smart irrigation system yang berfungsi bagi memastikan aspek pengurusan pengairan anak pokok durian dapat diseragamkan dan dikawal secara sistematik.
“Penggunaan teknologi seumpama ini juga bukan sahaja menjadi kunci kepada kejayaan tanaman durian bahkan ia memberi manfaat dalam mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh,” jelasnya lagi.
Hadir sama, YDH. Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Dato’ Ar. LA Meor Roslan bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi; YB Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Tuan Haji Razman bin Zakari; YDH. Toh Shahbandar Ulu Dato’ Haji Mohd. Tarmizi bin Haji Idris merangkap YB ADUN Kenering dan YB Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah.
Dalam perkembangan sama, YAB Menteri Besar Perak turut merasmikan Majlis Pecah Tanah dan Penetapan Kiblat Masjid Kampung Ulu Kenderong di Maahad Tahfiz Kemukjizatan Al-Quran Pondok Air Jernih, Gerik.
“Kerajaan negeri akan kekal komited dalam program-program memperkasakan institusi-institusi Islam termasuk maahad tahfiz atas peranan penting melahirkan umat Islam yang kukuh pendirian, mempunyai kekuatan akhlak dan prinsip moral yang menangkis pelbagai cabaran yang semakin rencam,” ujar beliau dalam ucapannya ketika majlis perasmian tersebut.
Sumber: SUK Perak

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut