ALAT GANTI MOTOSIKAL DISYAKI TIRUAN DIRAMPAS KPDNHEP KELANTAN

 

TANAH MERAH : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama wakil pemilik cap dagang berkaitan barangan tiruan disini semalam.
Maklumat daripada pemilik cap dagang yang sah mengenai penggunaan, pemilikan dan penjualan jenama dan produk milikannya tanpa kebenaran sah telah diadukan dan risikan juga telah dijalankan selama seminggu.
Seterusnya serbuan jam 11.00 pagi tadi di sebuah premis menjual alat ganti motosikal di Tanah Merah, Kelantan mendapati sebuah stor simpanan barangan alat ganti motosikal menjumpai sejumlah 262 “clutch plate” yang disyaki tiruan.
Pasukan operasi membuat sitaan dan menahan seorang pemilik premis iaitu seorang lelaki tempatan berumur 20an bagi membantu siasatan dibawah Akta Cap Dagangan 2019 dengan nilai rampasan barangan tiruan yang disyaki tiruan dengan anggaran sebanyak RM 9170.00 telah disita daripada pemilik premis.
KPDNHEP Kelantan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau peniaga yang melakukan kesalahan ini dan tindakan tegas akan diambil serta akan dipertuduhkan di mahkamah mengikut perundangan yang ditetapkan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …