PROGRAM TADARUS AL QURAN IPD PUTRAJAYA

IPD Putrajaya – Program Tadarus Al Quran IPD Putrajaya telah bermula pada 4 April 2022 dan diadakan di Surau Amaniah IPD Putrajaya.

Hari ini YDH Supt. Noriha Binti Mohamed – Naib Pengerusi PERKEP, bersama Ahli Jawatan Kuasa dan Ahli-Ahli PERKEP IPD Putrajaya berkesempatan menyertai tadarus ini.

Program ini diadakan bagi menghayati bulan Ramadan yang mulia ini dengan penuh rasa tawaduk. Ia juga dapat menggandakan amal ibadah, di samping menghayati peristiwa Nuzul Al Quran dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga IPD Putrajaya.

Program ini akan berlangsung sehingga 20 April 2022. Diharapkan agar lebih ramai lagi ahli-ahli PERKEP yang sudi meluangkan masa untuk beramal ibadat di bulan Ramadhan yang mulia ini.

#TadarusAlquran

#ipdptjapril2022

#jomlikefbPolisKL

#jomlikefbIpdputrajaya

Sumber: FB IPD Putrajaya https://www.facebook.com/IPDPutrajaya1

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut