AMANAT TAHUN BAHARU 2020

IPOH, 7 JANUARI 2020 – Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, Tuan Khairul Ridzuan bin Hj. Mat Said  telah menyampaikan amanat Tahun Baharu 2020  kepada warga MKN Perak yang diadakan di Pejabat MKN Perak yang terletak di Tingkat 9 Bangunan KWSP Ipoh Perak.

Semua pegawai dan kakitangan MKN Perak hadir di majlis tersebut. Antara lain dalam amanat beliau, Tuan Khairul Ridzuan bin Hj. Mat Said memberikan penekanan kepada warga MKN agar sentiasa fokus, komited dan cekap dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Selain itu setiap anggota diminta untuk mementingkan semangat kerja berpasukan dan sentiasa menjaga nama baik MKN dan kerajaan. Dalam perjumpaan ini juga turut diadakan  Ikrar Bebas Rasuah dan seterusnya menandatangani Ikrar Aku Janji Dan Akta Rahsia Rasmi 1972.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …