PROGRAM LAWATAN “BACK TO SCHOOL” OLEH KPD BRICKFIELDS KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI HARTAMAS, KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 4 APRIL 2022  – YDH ACP Amihizam bin Hj. Abdul Shukor, Ketua Polis Daerah Brickfields telah mengadakan program lawatan “Back To School” ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Kuala Lumpur.

Turut hadir, DSP Seah Chong Seng, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah bersama Insp Khairul Izwan bin Zainal Abidin, Pegawai Perhubung Sekolah, SM Raymond Gerard A/L Anthony, Timbalan Ketua Polis Balai Sri Hartamas, Kpl Mohamad Naim bin Mohd Kamar, Pen. PPS, Pegawai Rendah Polis BPJKKD dan Balai Polis Sri Hartamas.

Kehadiran YDH KPD Brickfields disambut mesra oleh Tn. Hj. Azuar bin Hussin, Pegawai Pendidikan Daerah Zon Pudu/Bangsar, Pn. Suzieany binti Mohamed Harris, Pengetua SMK Seri Hartamas, Pn. Norsalmi binti Abd Rahman, Guru Pen. Kanan 1, Pn. Rohana bt Md Noh, Guru Pen. Kanan Ko-Kurikulum dan barisan guru SMK Seri Hartamas.

Program lawatan ini bertujuan untuk bersuai kenal antara pihak SMK Seri Hartamas, Pegawai PPD Pudu/Bangsar dan Pegawai Perhubungan Sekolah. Turut dibincangkan mengenai perancangan pengwujudan program secara bersama.

YDH KPD Brickfields turut meluangkan masa dengan melawat kelas dan Pusat Sumber Sekolah sambil beramah mesra dengan para guru dan para pelajar sekolah berkenaan. Program berlangsung dengan jayanya.

 

#StaySafe

#KitaJagaKita

#ThinkBeforeActing

#JustDoaUsahaIkhlasTawakal

#balaipolisbrickfields

#ipdbfapril2022

 

SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut