PERJUMPAAN POLIS PANTAI BERSAMA PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PANTAI

KUALA LUMPUR, 1 APRIL 2022 – Kpl Norhuda binti Selamat, Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) bersama Kpl Elizar Lee Kubud telah mengadakan perjumpaan bersama pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Jalan Cenderai, Bangsar, Kuala Lumpur.

Hadir semasa perjumpaan adalah Pegawai Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu, Puan Hajjah Azlina binti Dahlan, Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Encik IR Mohd Fadly bin Asmaai, Guru Penolong Kanan kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Encik Amir bin Mashor, Guru Penolong Kanan Tadbir/Kokurikulum, Encik Raja Idzhar bin Raja Musa, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Mohd Supandi bin Aman serta 5 orang Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai.

Perjumpaan ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap antara pihak sekolah serta PIBG dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dalam mencegah daripada berlakunya salah laku disiplin murid sekolah. Dalam masa yang sama turut dapat bersuai kenal dengan guru sekolah dan pelajar selain mendapatkan maklumat berkaitan keselamatan sekolah dan permasalahan yang sering dihadapi. Program ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 12.00 tengahari.

SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …