‘1st DAY AT SCHOOL’ : LAWATAN IPD BARAT DAYA KE SMK TELUK KUMBAR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

BARAT DAYA, 4 April 2022 – YDH Supt.Kamarul Rizal Bin Jenal, Ketua Polis Daerah Barat Daya telah mengadakan lawatan ke SMK Teluk Kumbar sempena pemuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan PDRM dalam program 1st Day At School.

Objektif program ini diadakan adalah bagi meraikan kehadiran para pelajar ke sekolah. Selain itu, pihak polis juga turut menjaga keselamatan para pelajar sekolah dengan mengawal lalulintas kenderaan di kawasan sekolah.

YDH KPD turut mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan memberi nasihat supaya pelajar-pelajar tidak terlibat dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan masa depan selain perlu menjaga disiplin serta keselamatan diri di sekolah mahu pun di luar sekolah.

Sumber:

Laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut

RAPTAI PENUH ISTIADAT PERBARISAN BERJALAN LANCAR

BINCANG: Leftenan Kol. Alphonsus menjelaskan sesuatu kepada Joachim (kiri). KOTA KINABALU: Cuaca baik kelmarin membolehkan raptai penuh Istiadat Perbarisan  sempena …
Maklumat Lanjut