SAFE RAMADAN: PANDUAN KESIHATAN KETIKA MEMBELI-BELAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca Pandemik)

 

Sambutan Ramadan pada kali ini adalah lebih bermakna memandangkan negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April 2022. Tambahan pula, pengoperasian Bazar Ramadan turut dibenarkan bagi tahun ini dan orang ramai turut teruja untuk membeli-belah bagi persiapan menjelang Aidilfitri. Fasa Peralihan ke Endemik ini merupakan salah satu langkah baik dalam memacu ekonomi negara.

Sehubungan itu, adalah dinasihatkan masyarakat agar sentiasa mengamalkan penilaian risiko kendiri semasa menjalankan aktiviti harian terutamanya yang melibatkan interaksi ramai orang seperti membeli belah dan mengunjungi bazar.

Selaras dengan itu pihak  Kementerian Kesihatan Malaysia turut berkongsi infografik menarik berkenaan Panduan Kesihatan Ketika Membeli-belah untuk rujukan orang awam seperti diatas.

Masyarakat diingatkan agar sentiasa mengambil berat akan empat (4) faktor utama apabila membuat penilaian risiko kendiri iaitu sentiasa memantau keadaan lokasi, masa, penjarakan dan pelitup muka.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …