MALAM APRESIASI DBKL 2021

Telah berlangsung Malam Apresiasi DBKL 2021 di Hotel JW Marriot Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Hadir bersama dalam majlis ini adalah Datuk Rajah, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Sulaiman bin Mohamed, Pengarah Eksekutif Perancangan dan Datuk Haji Azmi bin Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif Pelaksanaan Projek, DBKL.

Majlis adalah sebagai penghargaan kepada 135 warga kerja DBKL yang telah mencapai kejayaan atau memperolehi pengiktirafan sepanjang tahun 2021 dalam bidang masing-masing. Bidang ini meliputi sukan, kebudayaan, seni, reka cipta, modul dan sebagainya. Kejayaan mereka ini telah mengharumkan nama DBKL di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan juga PBT.

Datuk Bandar Kuala Lumpur berharap kejayaan serta pengiktirafan yang diperolehi ini akan menjadi pencetus untuk terus mencipta serta melakar kejayaan-kejayaan lain di masa hadapan. Ianya juga akan menjadi satu panduan dan pedoman kepada lain-lain warga kerja untuk mengikut jejak kejayaan ini.

Pemenang telah menerima sijil penghargaan, trophi dan wang tunai sebagai cenderahati.

 

#KLBandarUntukSemua #KLBandarKu #kl50 #dirgahayubandarrayakualalumpur

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …