DVS LANCAR PELAN STRATEGIK KEBAJIKAN HAIWAN KEBANGSAAN 2021-2030

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) pada 2 April 2022 telah melancarkan Pelan Strategik Kebajikan Haiwan Kebangsaan 2021-2030. Pelan tersebut menggariskan tiga strategi utama antaranya memperkukuh penguatkuasaan Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan lain-lain perundangan berkaitan. Dua strategi lagi ialah mewujudkan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi pembangunan berterusan untuk memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan haiwan, serta meneraju konsep kebajikan dan ihsan haiwan berdasarkan budaya sosial masyarakat tempatan. Ketua Pengarah DVS, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata Pelan Strategik tersebut merupakan kesinambungan daripada dasar Pelan Strategik Kebajikan Haiwan Kebangsaan 2012-2020 yang berakhir pada 2020.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut