RONDAAN, PEMANTAUAN, PENCEGAHAN ALAM SEKITAR DAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS CAWANGAN BAYAN LEPAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

BAYAN LEPAS, 4 APRIL 2022, – Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bayan Lepas telah mengadakan rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran di kawasan Perindustrian Bayan Lepas Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 pada 2 April 2022. Rondaan tersebut mendapati tiada pencemaran alam sekitar dan pelepasan abnormal dari cerobong-cerobong premis.

Pemantauan, rondaan pencegahan pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka di kawasan perumahan dan komersial juga telah dijalankan di sekitar Lebuhraya Dr Lim Chong Eu, Jalan Masjid Negeri, Ayer Itam, Greenlane, Dato’ Keramat, Stadium Bandaraya, Mount Erskine, Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah, Tanjung Tokong, Batu Ferringhi, Teluk Bahang, Balik Pulau, Relau, Sg. Ara dan Bayan Baru. Tiada sebarang pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka dikesan di tempat-tempat yang dipantau.

Orang awam adalah diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana kesalahan ini akan terus diambil tindakan kompaun. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.

 

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …