PENGUSAHA STESEN MINYAK JUAL PETROL BERSUBSIDI KEPADA KENDERAAN ASING BERDEPAN TINDAKAN TEGAS

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Pengusaha stesen minyak yang menjual petrol bersubsidi kepada kenderaan termasuk motosikal bernombor pendaftaran asing akan dikenakan tindakan tegas, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan dibuat pada 3 April 2022. Tambah beliau, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dari semasa ke semasa telah mengeluarkan arahan kepada semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang bersempadan dengan Thailand dan Singapura bagi memastikan pematuhan larangan penjualan petrol RON 95 kepada kenderaan terbabit dan KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961(Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974). Akta tersebut memperuntuk penalti tidak melebihi RM1 juta atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali terhadap individu manakala perbadanan atau syarikat berdepan denda tidak melebihi RM2 juta.

Nanta berkata KPDNHEP memandang serius isu tular kenderaan bernombor pendaftaran Singapura dikatakan mengisi petrol menggunakan nozel kuning disyaki RON 95 yang merupakan minyak bersubsidi. Susulan itu, beliau berkata bahagian penguatkuasa KPDNHEP telah diarah menjalankan siasatan serta-merta dan pemantauan lebih agresif di semua stesen minyak terutama yang berdekatan negeri bersempadan bagi mengelakkan ketirisan penjualan minyak petrol bersubsidi kepada kenderaan asing.

Sumber: BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …